Info Unit Penswastaan & Pelaburan

UNIT PENSWASTAAN & PELABURAN

  • Merangka dan mencadang dasar-dasar berkenaan penswastaan untuk dibawa ke Jawatankuasa Penswastaan bagi persetujuan dan pengesahan.
  • Membuat pelawaan tawaran projek kepada syarikat swasta yang berkelayakan berdasarkan garis panduan pelawaan projek penswastaan Majlis.
  • Memantau dan menyelia perlaksanaan pembinaan dan pengurusan projek di atas tanah Majlis yang dibangunkan oleh syarikat swasta yang ditawarkan projek penswastaan berkenaan.
  • Melakukan semakan dari semasa ke semasa prestasi kemajuan dan pengurusan projek supaya jadual pembinaan yang telah dipersetujui.
  • Mengurus harta-harta yang diperolehi daripada projek penswastaan (sebagai pulangan pelaburan projek Majlis) setelah projek disiapkan oleh syarikat swasta.
  • Memantau prestasi projek dari segi pulangan kepada Majlis dan pembangunan yang telah dipersetujui.
  • Membuat pemantauan di semua tapak projek penswastaan dari semasa ke semasa untuk dibentangkan ke dalam mesyuarat berkaitan.
  • Memastikan syarikat yang terlibat dengan projek-projek penswastaan menjelaskan bayaran mengikut jadual.Mengenalpasti projek-projek yang bermasalah dengan mengambil langkah awal untuk membaikpulih masalah yang timbul.
  • Membuat semakan dan kajian kadar sewa di pasaran dan mengenalpasti tanah-tanah Majlis yang berpotensi untuk dimajukan secara penswastaan yang mana perlaksanaan pembangunan tanah berkenaan akan diserahkan kepada pihak syarikat swasta yang berkelayakan.
  • Merancang projek-projek pembangunan yang boleh dibangunkan di atas tanah Majlis selaras dengan pembangunan setempat dan Bandaraya Johor Bahru umumnya.
  • Menilai, menganalisa dan mengkaji viabiliti cadangan projek yang diterima oleh pihak swasta dengan mengambil kira pulangan pelaburan kepada Majlis untuk dibawa ke jawatankuasa berkaitan bagi oleh pertimbangan pihak Majlis.
  • Memastikan semua projek penswastaan sedia ada berjalan dengan lancar berpandukan kepada persetujuan dan perjanjian yang telah ditandatangani.
  • Melaporkan kepada pentadbiran Majlis mengenai status projek-projek penswastaan yang dilaksanakan.
  • Mengumpul dan mengemaskini dasar-dasar MBJB untuk dikompilasi dan dibukukan sebagai rujukan Majlis.