KONVENSYEN KUMPULAN INOVATIF & KREATIF (KIK) PERINGKAT MBJB

Isnin, 22 Ogos 2022 | Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Peringkat MBJB telah berlangsung di Dewan Kenanga, Menara MBJB hari ini.

Sebanyak 9 kumpulan telah menyertai Konvensyen KIK hari ini dalam 2 kategori iaitu Kategori Inovasi Penciptaan dan Kategori Inovasi Penambahbaikan. Kategori Penciptaan telah dimenangi oleh Kumpulan PRIMA (Jabatan Penilaian), diikuti oleh Kumpulan The Green Fingers (Jabatan Landskap) dan Kumpulan Engine At Work (Jabatan Kerja Awam); manakala Kategori Penambahbaikan dimenangi oleh Kumpulan AC (Jabatan Pengangkutan Bandar) diikuti oleh Kumpulan QS (Jabatan Perbendaharaan) dan Kumpulan Enforcer (Jabatan Penguatkuasaan).

Juara Keseluruhan KIK pula dimenangi oleh Kumpulan PRIMA.

Dalam ucapan perasmian beliau petang tadi, Datuk Bandar Johor Bahru telah menekankan akan kepentingan inovasi dan penambahbaikan perkhidmatan dalam sesebuah organisasi agar organisasi tersebut terus kekal relevan sepanjang masa.

Beliau turut menggalakkan lebih ramai warga kerja menyertai program KIK ini agar budaya inovasi terus subur di dalam organisasi.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua peserta Konvensyen KIK Peringkat MBJB Tahun 2022!

#jbmampan
#jbthinkgreen

img

img