MBJB TERIMA PENGHARGAAN BANDAR MAMPAN TERBAIK 2022

MBJB TERIMA PENGHARGAAN BANDAR MAMPAN TERBAIK 2022

Bersempena sambutan Hari Perancangan Bandar Sedunia (HPBS) Tahun 2022 Peringkat Kebangsaan yang telah diadakan di Marriott Hotel Putrajaya, MBJB telah menerima Penghargaaan Bandar Mampan Terbaik 2022. Penghargaan ini disampaikan oleh Y. Bhg. Datuk M Noor Azman bin Taib, Ketua Setiausaha Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT). Sambutan Hari Perancangan Bandar Sedunia pada tahun ni adalah bertemakan 'Malaysia Berdaya Huni: Transformasi Bandar Masa Hadapan'. Dengan kejayaan ini, hasrat MBJB ke arah Johor Bahru berdaya huni dengan menerapkan agenda Matlamat Pembangunan Mampan (SDGs), bandar pintar dan rendah karbon low akan dapat direalisasikan bagi menyediakan kehidupan yang lebih berkualiti dan sejahtera kepada warga bandar raya Johor Bahru.

#jbmampan
#jbthinkgreen

 

bandar mampan