Program Amanat Datuk Bandar Johor Bahru Sempena Perhimpunan Awal Tahun Jabatan Penguatkuasaan MBJB 2024

PROGRAM AMANAT DATUK BANDAR JOHOR BAHRU SEMPENA PERHIMPUNAN AWAL TAHUN JABATAN PENGUATKUASAAN MBJB 2024

Isnin, 15 Januari 2024 | Sekitar Program Amanat Datuk Bandar Johor Bahru sempena Perhimpunan Awal Tahun Jabatan Penguatkuasaan MBJB Tahun 2024 di Panggung Cempaka, Menara MBJB. Dalam perhimpunan awal tahun Jabatan Penguatkuasaan MBJB ini, YB Dato' Haji Mohd. Noorazam bin Dato' Haji Osman, Datuk Bandar Johor Bahru, telah menyampaikan kata-kata nasihat, peringatan berkaitan nilai integriti anggota, gerak kerja serta halatuju bagi Jabatan Penguatkuasaan serta MBJB sepanjang tahun ini dan tahun-tahun akan datang.

Menurut Datuk Bandar, anggota penguatkuasa mempunyai peranan yang penting, sebagai anggota beruniform, kehadiran penguat kuasa dalam kawasan bandar raya boleh mewujudkan rasa selamat terhadap orang awam dalam usaha mewujudkan 'Bandar Selamat'. Datuk Bandar turut memaklumkan berkaitan penambahbaikan aset-aset bagi melengkapkan lagi keperluan Jabatan Penguatkuasaan MBJB seperti penambahan motosikal 500cc; 15 unit motosikal elektrik untuk tujuan rondaan bandar; selain pembangunan Johor Bahru Integrated Operations Control Centre (JBIOCC) yang akan siap sepenuhnya pada Jun 2024 dan dilengkapi dengan 500 CCTV berteknologi kecerdasan buatan (AI).

"MBJB telah menginjak usia 30 tahun sebagai sebuah bandar raya. Usia 30 tahun ini bukanlah satu destinasi, tetapi ianya adalah sebuah episod penting dalam kita terus melakarkan kejayaan demi kejayaan untuk bandar raya Johor Bahru ini," kata beliau.

Amanat Datuk Bandar

Amanat Datuk Bandar