Pelancaran Hab Kitar Semula di B5 Johor Street Market

Ahad, 18 Februari 2024 | B5 Johor Street Market

Majlis Pelancaran Hab Kitar Semula Di B5 Johor Street Market yang julung kali dianjurkan oleh Yayasan JCorp dengan kerjasama Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB), SWM Environment Sdn Bhd dan Damansara Property Management Sdn Bhd telah berlangsung dengan jayanya hari ini.

Pusat pandu lalu yang diwujudkan di hab kitar semula ini akan lebih memudahkan masyarakat khususnya di sekitar bandar raya Johor Bahru untuk menghantar barangan kitar semula, seterusnya dapat mengumpul mata ganjaran yang boleh ditebus dengan wang di bawah Program Kitarecycle anjuran SWM Environment Sdn Bhd.

Inisiatif ini adalah langkah yang penting dalam usaha kita untuk menjaga alam sekitar dan menjadikan bandar raya Johor Bahru sebagai bandar raya peneraju dalam usaha kelestarian alam di negara ini.

Kerjasama dengan rakan strategik seperti Yayasan JCorp dan SWM Environment dalam mewujudkan hab kitar semula di bandar raya Johor Bahru ini adalah usaha yang sangat baik dan diharapkan mampu memberi kesedaran kepada masyarakat setempat akan betapa pentingnya menjaga kebersihan bandar, serta dalam masa yang sama berkaitan kelestarian alam dan sumber semulajadi.

Pelancaran Hab Kitar Semula

Pelancaran Hab Kitar Semula