MENU

Majlis Ikrar Bebas Rasuah dan Taklimat Kesalahan Rasuah dan Salah Guna Kuasa oleh SPRM.

Di dalam Majlis tersebut Ahli-Ahli Majlis MBJB dan warga MBJB telah bersama-sama melafazkan Ikrar Bebas Rasuah sambil disaksikan oleh Pengarah SPRM Johor, Yang Berbahagia Dato' Haji Azmi bin Haji Alias. Lafaz ikrar berkenaan telah dipimpin oleh Tuan Haji A. Rahim bin Haji Nin, Datuk Bandar Johor Bahru.

Selain itu, kesemua warga MBJB telah menandatangani dokumen Ikrar Bebas Rasuah sebagai satu perjanjian dan tekad, akan menjalankan tanggungjawab sebagai penjawat awam dengan telus dan beramanah.

" Sebagai Datuk Bandar, saya sudah pasti mahu melihat MBJB diurus secara cekap dengan operasinya dijalankan secara berkesan disemua peringkat, sekaligus soal ketirisan, penyelewengan termasuk perlakuan rasuah tidak ada berlaku di mana-mana peringkat "

Majlis Ikrar Bebas Rasuah