MENU

SELASA, 12 Jun 2018 - Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) Negeri Johor dengan kerjasama Majlis Bandaraya Johor Bahru mengadakan Kempen Keselamatan Jalan Raya dan Ops Bersepadu Bersempena Perayaan Hari Raya Aidilfitri peringkat Negeri Johor Tahun 2018 bertempat di hadapan bangunan utama MBJB, Jalan Dato' Onn.

Kempen ini bertujuan untuk memupuk kesedaran tentang keselamatan jalan raya terutama di kalangan pemandu kereta dan motosikal.

Dalam program tersebut, Y. Bhg. Datuk Bandar Johor Bahru bersama-sama Pengarah JKJR Negeri Johor, Ketua Jabatan Siasatan & Penguatkuasaan Trafik Johor dan wakil rasmi Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan Johor telah mengedarkan kit risalah keselamatan jalan raya kepada warga bandaraya Johor Bahru.

Kempen Keselamatan Jalan Raya