MENU

08 Januari 2019 : Sekitar Perhimpunan Awal Tahun MBJB 2019 di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim

Perhimpunan dimulakan dengan pemeriksaan perbarisan kawalan kehormat anggota beserta pegawai penguat kuasa MBJB oleh YB Datuk Bandar Johor Bahru sebelum sesi bacaan ikrar oleh seluruh warga kerja MBJB serta penyampaian amanat awal tahun YB Datuk Bandar.

Dalam amanat beliau, YB Dato' telah memperkenalkan Ahli-Ahli Majlis lantikan sesi 1 dan 2, membentangkan prestasi kewangan pencapaian-pencapaian sepanjang tahun 2018, bajet dan halatuju organisasi bagi tahun 2019 serta harapan-harapan beliau untuk kemajuan MBJB di masa akan datang.

YB Dato' turut berkesempatan untuk menyampaikan penghargaan kepada warga kerja MBJB yang telah merangkul anugerah di peringkat daerah, kebangsaan dan antarabangsa, jabatan-jabatan yang telah mencatatkan penyelesaian aduan awam tertinggi serta anggota yang telah menunjukkan prestasi cemerlang sepanjang perkhidmatan tahun 2018.

Perhimpunan Awal Tahun MBJB 2019 telah diakhiri dengan sesi motivasi yang disampaikan oleh Dr. Hj. Celemans bin Hj. Kassim, Ketua Sekretariat Bahagian Komunikasi Strategik, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

 

Perjumpaan Awal Tahun Bersama Datuk Bandar 2019