LAWATAN BERSEPADU KE SUNGAI TEBRAU

27 November 2019 : Satu program lawatan bersepadu ke Sungai Tebrau telah dijalankan sebentar tadi dan telah diketuai oleh YB Dato' Haji Adib Azhari bin Daud, Datuk Bandar Johor Bahru.

Antara agensi-agensi lain yang terlibat adalah Jabatan Perairan dan Saliran Negeri Johor (JPS), Suruhanjaya Pengurusan Air Negara (SPAN), Jabatan Alam Sekitar Negeri Johor, SWCorp, Pejabat Tanah Johor Bahru, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan BOMBA.

Program ini adalah bertujuan meninjau tahap kebersihan sungai selain merangka pelan tindakan bersepadu yang perlu dilaksanakan bagi memastikan pengurusan sungai di Johor Bahru berada di tahap yang bersih, indah dan sihat.

Terlebih dahulu, YB Datuk Bandar telah mempengerusikan Mesyuarat Penuh Bulanan di mana beliau telah menekankan dalam ucapannya berkenaan usaha kolektif yang diperlukan dari semua pihak dalam menangani isu pencemaran alam sekitar terutamanya berkaitan pencemaran sungai di dalam Johor Bahru ini.

Program pada hari ini juga merupakan sebahagian daripada beberapa siri lawatan yang akan diadakan bagi memantau keadaan sungai di dalam kawasan MBJB.

img