MBJB TERIMA LAWATAN DELEGASI MAJLIS PERBANDARAN KULAI

SELASA, 24 Disember 2019 - MBJB menerima lawatan delegasi dari Majlis Perbandaran Kulai (MPKu) yang diketuai oleh Puan Hajah Azra binti Mohammed, Setiausaha MPKu, pagi tadi.

Delegasi seramai 32 orang itu terdiri daripada pegawai-pegawai jabatan MPKu telah hadir bagi tujuan lawatan penanda arasan dan perkongsian amalan terbaik berkaitan pengurusan Hutan Bandar, pengurusan kolam mandi awam dan pengurusan 'food truck' di kawasan MBJB.

img