Sekitar Majlis Penyampaian Hadiah Peserta Pertandingan Bintang Maya Bandaraya 2021 Peringkat Akhir

SABTU, 4 Disember 2021 - Sekitar Majlis Penyampaian Hadiah Peserta Pertandingan Bintang Maya Bandaraya 2021 Peringkat Akhir. Pertandingan Bintang Maya Bandaraya 2021 ini telah berlangsung dengan jayanya di Dewan Kenanga, Menara MBJB. Seramai 7 orang peserta yang telah layak ke peringkat akhir. Peserta juga mempertaruhkan 2 buah lagu iaitu lagu bebas dan lagu tradisional Johor seperti zapin dan ghazal.

Pertandingan Bintang Maya Bandaraya 2021 ini telah disempurnakan dengan penyampaian hadiah oleh YB Dato' Haji Mohd. Noorazam bin Dato' Haji Osman,Datuk Bandar Johor Bahru. Turut hadir memeriahkan majlis ialah Ketua Whip MBJB, Setiausaha MBJB, Timbalan Setiausaha dan Pengarah Pembangunan Kemasyarakatan.

Juara pertandingan ini telah dimenangi oleh Siti Natasha binti Zainal dengan membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM2,000 berserta piala dan sijil. Beliau juga telah memenangi hadiah bagi kategori Persembahan Terbaik. Tempat kedua telah dimenangi oleh Muhamad Fakhrullah bin Farrok dengan membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM1,500 beserta piala dan sijil. Beliau juga telah memenangi hadiah bagi kategori Nyanyian Tradisional Terbaik. Tempat ketiga dimenangi oleh Nurbaizura binti Mohamed Kamal. Bagi hadiah saguhati 4 orang peserta telah membawa pulang wang tunai RM200 beserta sijil.

MBJB mengucapkan syabas dan tahniah buat semua pemenang.

img

img