top
Statistics
  • Total Users: 88
  • Total Hits: 1,461,779
  • Total Visitors: 1,272,720
  • Total Photos: 108
  • Total Journal Entries: 47
  • Total Comments: 485
  • Members Online: 0
  • Guests Online: 9
Main Menu
Sunday, July 06 2008
Login Form
Recover Password
Account Sign-up
 Username
 
 Password
 
Akhbar Tempatan


Pengumuman
Hubungi Kami

Berita

Pages: [1] 2 3 4 5 6 7 8 9 10 > >>
Posted by: Hamidah Brahim - 04/07/08 @ 8:41AM

KERAJAAN negeri tidak bercadang untuk menurunkan cukai harta bagi penduduk dalam pentadbiran Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) kerana ia masih menggunakan nilaian 1995.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Kerja Raya dan Kemudahan Awam negeri, Datuk Ahmad Zahri Jamil, berkata kadar nilaian 1995 itu, sepatutnya berkuat kuasa selama 10 tahun, mulai 1 Januari 1998.

Katanya, walaupun PBT boleh membuat semakan semula senarai nilaian setiap lima tahun berdasarkan undang-undang yang diperuntukkan, langkah itu ditangguhkan.

"Sebenarnya, senarai nilaian baru sudah dibuat pada 2003 dan sepatutnya berkuat kuasa pada 1 Julai 2006, tetapi MBJB masih mengekalkan kadar lama bagi membantu mengurangkan bebanan pembayar cukai dalam kawasan pentadbirannya," katanya ketika menggulung perbahasan bagi portfolio beliau pada sidang Dewan Negeri, di sini, semalam.

Ahmad Zahri berkata, bagi membantu peniaga dan penjaja kecil dalam kawasan bandar raya, MBJB sudah mengeluarkan sejumlah 4,243 lesen sehingga 31 Mei lalu dengan 1,597 adalah untuk pasar malam, 970 (pasar), 268 (gerai), 72 (buah-buahan) dan 1,299 (penjaja).

Beliau berkata, MBJB juga melaksanakan program penempatan semula penjaja yang berselerak di bandar raya ke 47 gerai yang baru dibina dan warung serta kiosk yang berniaga di tepi jalan dalam kawasan yang diluluskan sebagai Rancangan Kemajuan Khas (RKK).

"Program ini membabitkan pemberian lesen kepada 38 peniaga di kawasan komersial Kampung Melayu Majidee dan akan diperluaskan ke kawasan RKK yang lain," katanya.

Ahmad Zahri berkata, bagi mengatasi masalah banjir dalam kawasan pusat bandar raya, MBJB mengambil langkah segera dengan memasang sistem amaran banjir di pintu air sungai Segget dengan peruntukan berjumlah RM198,000.

Kerja berkenaan, katanya, sudah diserahkan kepada kontraktor pada 18 Jun lalu.

Beliau berkata, selain pintu air sungai Segget, sistem amaran banjir juga dipasang di pintu air sungai Chat serta rumah pam Kampung Mohd Amin dan kerja pemasangan dijangka siap akhir bulan ini.

Sumber : Berita Harian Online

JOHOR BAHRU 27 Jun - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Puteri Wangsa, Abdul Halim Suleiman berjanji akan mengatasi masalah pembinaan lampu isyarat dan penyelenggaraan di Taman Mount Austin di sini dengan segera.

Beliau berkata, lampu isyarat di Jalan Mutiara Emas 8 dan kerja-kerja penyelenggaraan jalan utama dari Taman JP Perdana dan Hospital Sultan Ismail (HSI) kini sedang giat dilaksanakan oleh pihak berkuasa terbabit.

"Kerja-kerja pembinaan lampu isyarat itu akan dimula pada Julai ini dan dijangka beroperasi pada Oktober ini.

"Kerja-kerja penyelenggaraan jalan JP Perdana ke HSI pula dijangka siap sepenuhnya dalam tempoh tiga minggu mulai dari sekarang," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata, perkata tersebut telah dinyatakan pada majlis dialog dengan kira-kira 40 penduduk kawasan itu yang mewakili pihak sekolah, guru dan jawatankuasa penduduk.

Abdul Halim berkata, pihaknya akan memastikan Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) mengambil tindakan segera dan menyiapkannya dalam jangka waktu yang ditetapkan.

Menurutnya, ini kerana pihaknya sentiasa memastikan segala permasalahan yang dibangkitkan oleh penduduk di sekitar taman perumahan tersebut dapat diambil tindakan dengan segera.

Mengenai kesesakan yang berlaku di perkarangan Sekolah Foon Yew 5 dan Sekolah Mount Austin, terutama ketika waktu puncak, beliau berkata, ia boleh diatasi apabila ibu bapa murid-murid bersabar dan mengamalkan pemanduan berhemah.

Selain itu, katanya, pihaknya akan meminta MBJB menyelenggara rumput-rumput liar yang terdapat dijalan utama di hadapan kedua-dua sekolah itu.

JOHOR BAHRU 23 Jun - Pihak swasta dan jawatankuasa penduduk digesa bekerjasama membantu pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi menjadikan bandar raya ini sebagai tempat yang selesa untuk didiami dan mencari sumber pendapatan.

Datuk Bandar Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB), Datuk Mohd. Naim Nasir berkata, kerjasama antara ketiga-tiga pihak itu dapat merealisasikan impian kerajaan untuk mewujudkan bandar Johor Bahru yang selamat dan sejahtera.

"Walaupun MBJB selaku PBT yang bertanggungjawab menjaga dan memajukan bandar raya, namun kekangan kewangan dan tenaga kerja membataskannya membangunkan bandar raya secara menyeluruh.

"Justeru, gabungan pihak swasta dan badan korporat yang bekerjasama memberikan bantuan dalam bentuk sumbangan peralatan dan kos penyelenggaraan selain jawatankuasa penduduk memantau agar semua bantuan yang diberikan diguna sepenuhnya oleh orang ramai amat diperlukan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Program Khidmat Komuniti Parkson Corporation, di Taman Permainan Kanak-Kanak Taman Datin Rokiah, di sini kelmarin. Hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Puteri, Adam Sumiru dan ADUN Stulang, Mok Chek Hou.

Program itu merupakan anjuran bersama MBJB, Parkson Corporation Sdn. Bhd., dengan kerjasama Jawatankuasa Penduduk Zon Taman Abad.

Seramai 50 pekerja Parkson terlibat dalam kerja mengecat, menyelenggara dan membersihkan taman permainan kanak-kanak itu yang kini dijadikan program taman angkat selama dua tahun.

Sumber : Utusan malaysia Online

Posted by: Hamidah Brahim - 17/06/08 @ 1:57PM

JOHOR BAHRU 16 Jun - Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB), pihak swasta dan jawatankuasa penduduk perlu bekerjasama secara bersepadu bagi mewujudkan persekitaran yang kondusif di bandar raya ini.

Datuk Bandar Johor Bahru, Datuk Mohd. Naim Nasir berkata, ia sejajar dengan hasrat MBJB untuk menjadikan bandar raya ini sebagai tempat selesa untuk didiami dan mencari rezeki.

Menurutnya, kerjasama antara pihak swasta merupakan satu perkongsian pintar kerana MBJB akan memberikan bantuan dalam bentuk tenaga kerja dan peralatan, manakala pihak swasta pula memberikan bantuan dalam bentuk kewangan.

Menurutnya, walaupun MBJB selaku pihak berkuasa tempatan (PBT) yang bertanggungjawab menjaga dan memajukan bandar raya ini, namun kekangan kewangan dan tenaga kerja membataskan usaha membangunkannya secara menyeluruh.

"Gabungan pihak swasta dan badan-badan korporat yang menyumbang peralatan dan kos penyenggaraan boleh digunakan oleh orang ramai.

"Sementara itu, jawatankuasa penduduk pula bertanggungjawab menjaga dan memantau agar semua bantuan tersebut digunakan sepenuhnya," katanya dalam satu kenyataan selepas merasmikan Program Khidmat Komuniti Parkson Corporation, Program Taman Saya di Taman Permainan Kanak-Kanak Taman Datin Rokiah, Taman Abad, di sini kelmarin.

Turut hadir ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Puteri, Adam Sumiru dan ADUN Stulang, Mok Chek Hou.

Menurut Mohd. Naim, di kawasan bandar raya ini sahaja, terdapat 200 taman permainan kanak-kanak yang memerlukan kos penyenggaraan sebanyak RM500,000 setahun.

Justeru, dengan adanya program seumpama ini, ia mampu meringankan bebanan MBJB yang semakin hari semakin mencabar.

Sementara itu, Pengurus Pemasaran Parkson Corporatian, Chook Choon Fui, berkata, taman permainan tersebut merupakan taman yang ketujuh dijadikan Taman Permainan Angkat oleh pihaknya di negeri ini selama dua tahun.

"Peruntukan untuk program ini diperoleh daripada pelbagai dana antaranya program jualan amal, Festival Muzik Superstar dan sumbangan derma yang dilancarkan melalui program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) yang berjaya mengumpulkan sejumlah RM16 juta," katanya.

Seramai 50 pekerja Parkson turut mengambil bahagian mengecat, menyenggara dan membersihkan taman permainan kanak-kanak tersebut.


Sumber: Utusan Malaysia, Selasa 17 Jun 2008

Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) membelanjakan kos sebanyak RM 464,000 tahun lalu bagi melaksankan program pemulihan kualiti sungai iaitu Mikro Organisme Berkesan (EM).

Pegawai Perhubungan Awam MBJB, Mohd Firdaus Abdul Hamid, berkata program berkenaan dijalankan secara berperingkat di beberapa sungai termasuk Sungai Segget, Sungai Stulang, Sungai Kempas dan Sungai Chat di sini.

Beliau berkata, teknologi berkenaan yang digunakan di negara asing menjadi penyelesaian terbaik kepada masalah dialami sungai termasuk pencemaran bau atau pembiakan bakteria.

Pembiakan Em tidak mengandungi pengubahsuaian genetik mikrob iaitu dihasilkan daripada pembiakan campuran spesies mikrob dijumpai dalam persekitaran semulajadi. Antara bakteria fototropik, asid laktik dan ragi (yis). Bakteria fototropik mampu menghuraikan gas yang berbau busuk seperti ammonia kepada gas tidak berbau.

Firdaus berkata, MBJB bakal memperuntukkan RM 700,000 bagi program pemulihan kualiti air bagi jangka masa panjang.

Beliau berkata, tambahan pula MBJB memohon peruntukan RM 7juta daripada Iskandar Malayisa bagi menjalankan program EM. MBJB telus mengadakan pelbagai usaha bagi menaiktaraf sungai di sekitar pusat bandar raya yang menjadi pintu masuk ke negara ini. Pelbagai kerja pemulihan sungai diadakan turut menerima maklum balas positif pengunujng bandar raya terutama masalah pencemaran bau Sungai Segget yang sudah diatasi.

Firdaus berkata, MBJB juga berusaha memupuk kesedaran orang rami mengenai kepentingan memulihara sungai. Biarpun proram EM berjaya memulihara keindahan sungai, orang ramai juga pelru berperanan termausuk menjaga kebersihan sungai. Khazanah semula jadi itu juga menjadi antara tarikan di pusat bandar raya yang perlu dipelihara



Sumber Harian Metro : Jumaat 13 Jun 2008

Pages: [1] 2 3 4 5 6 7 8 9 10 > >>

RSS 2.0

Dibangunkan oleh Jabatan Teknologi Maklumat MBJB. Hakcipta © Terpelihara 2001 - 2008 Majlis Bandaraya Johor Bahru.
Majlis Bandaraya Johor Bahru tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Anda adalah pengunjung yang ke 1,272,720 sejak 25 Julai 2007.
Dasar Privasi