MENU
Layari Blog Cuepacs di http://cuepacs.blogspot.com/

Amalgamalated National Union Local Authorities Employees (ANULAE) atau Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja PIHAK BERKUASA Tempatan SEMENANJUNG MALAYSIA adalah sebuah Kesatuan Sekerja  di bawah gabungan terbesar CUEPACS dan terunggul di Pihak Berkuasa Tempatan. ANULAE merupakan satu-satunya Kesatuan yang berdaftar untuk Pihak Berkuasa Tempatan di Semenanjung Malaysia.  Ditubuhkan pada 1 April 1963 dengan No. Pendaftaran 342.  ANULAE pernah dianugerahkan sebagai Kesatuan contoh Sektor Awam  pada tahun 1997 dan 2012.

PENUBUHAN DAN PERJUANGAN SERTA HALA TUJU ANULAE

TUJUAN PENUBUHAN

  • Memajukan kepentingan ahli dalam perusahaan, kemasyarakatan dan pengetahuan
  • Mengatur perhubungan di antara pihak majikan dan pekerja
  • Memajukan kebajikan ahli dari segi kebendaan, kemasyarakatan dan pelajaran
  • Mengadakan skim bantuan dan kebajikan untuk ahli
  • Menganjurkan kursus, seminar dan dialog
  • Menerbitkan berita dan majalah
  • Meningkatkan kecekapan serta disiplin di kalangan ahli

AGENDA WAWASAN

  • Penubuhan Jawatankuasa Perhubungan di peringkat Negeri
  • Penubuhan forum perundingan Majlis Bersama Negeri (MBN)
  • Penubuhan Majlis Bersama Jabatan-KPKT dengan ANULAE Semenanjung Malaysia
  • Penubuhan Suruhanjaya Perkhidmatan Pihak Berkuasa Tempatan
  • Penganjuran Konvensyen Pekerja-Pekerja Pihak Berkuasa Tempatan
  • Mempertahan serta mengekalkan keunggulan ANULAE sebagai Kesatuan Sekerja yang diiktiraf bagi pekerja-pekerja Pihak Berkuasa Tempatan

PENGLIBATAN PEGAWAI/AHLI ANULAE DALAM KESATUAN GABUNGAN

  • Majlis Bersama Kebangsaan bagi pekerja-pekerja Sains dan Teknologi dalam kumpulan Sokongan (MBK S&T)
  • Majlis Bersama Kebangsaan bagi pekerja-pekerja Am dalam kumpulan Sokongan (MBK AM)
  • Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS)