Info Bahagian Penguatkuasaan

img

FUNGSI UMUM BAHAGIAN/JABATAN

  • Melaksanakan tindakan penguatkuasaan berdasarkan undang undang Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171), Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133), dan undang-undang kecil yang diguna pakai oleh MBJB.
  • Menjalankan rondaan secara berkala di setiap zon Ahli Majlis berdasarkan jadual rondaan.
  • Merancang dan melaksanakan pemeriksaan secara berkala keatas penjaja, gerai, premis perniagaan dan perindustrian dalam aspek penguatkuasaan.
  • Mengeluarkan notis amaran dan tawaran kompaun yang bersalahan di bawah undang-undang yang dikuatkuasakan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT).
  • Melaksanakan tindakan sitaan keatas sebarang pelanggaran undang-undang yang dikuatkuasakan oleh MBJB.
  • Melaksanakan tindakan operasi penguatkuasaan seperti :
  • Operasi meroboh struktur bangunan yang didirikan tanpa kebenaran yang sah daripada MBJB.
  • Operasi premis perniagaan tanpa lessen perniagaan yang sah daripada MBJB
  • Operasi penjaja tanpa lessen perniagaan yang sah daripada MBJB
  • Operasi halangan barang – barang perniagaan yang diletakkan/ditinggalkan di tempat awam dibawah pentadbiran MBJB.
  • Operasi menurukan iklan – iklan haram dan tanpa permit yang sah daripada MBJB.
    • Melaksanakan rondaan dan mengalihkan kenderaan menghalang, kenderaan terbiar dan buruk di kawasan pentadbiran MBJB.
    • Mengeluarkan tawaran kompaun keatas kenderaan – kenderaan yang menghalang di tempat awam.
    • Membuat kawalan lalulintas bagi majlis – majlis rasmi yang dianjurkan oleh pihak kerajaan.
    • Menjalankan operasi bersepadu bersama lain – lain agensi penguatkuasaan seperti PDRM, Imigresen, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan lain – lain.
    • Mengawal selia dan memantau kawasan pentadbiran MBJB melalui CCTV yang dipasang di pusat Bandar dan kawasan sekitarnya.
    • Menyediakan fail – fail bagi tujuan pendakwaan dan tindakan saman di mahkamah.
    • Mengenal pasti kerosakkan infrastruktur dan tindakan jabatan lain sebelum menjadi aduan awam.
    • Menjalankan siasatan dan mengambil tindakan penguatkuasaan berdasarkan aduan awamyang diterima.
    •  Menguruskan barang – barang sitaan seperti :
      • Proses Penyimpanan
      • Proses Tuntutan
      • Proses Pelupusan

INFO KEMUDAHAN AWAM YANG DISEDIAKAN OLEH BAHAGIAN/JABATAN

  1. Talian Hotline 24 Jam ( 1 – 300 – 88 – 0146 )
  2. Kaunter Tuntutan Ke Atas Kenderaan Yang Ditunda/ Disita Di Utc Galleria@Kotaraya.

Hari Operasi

Waktu Operasi

Ahad – Khamis

5.30 Petang– 9.00 Malam

Jumaat – Sabtu

8.00 Pagi – 5.00 Petang

 

INFO DIREKTORI DAN MAKLUMAT PERHUBUNGAN AWAM

Jabatan Penguatkuasaan
Aras 3, Majlis Bandaraya Johor Bahru,
Peti Surat 232, Jalan Dato’ Onn,
80720 Johor Bahru, Johor.

Talian Am : 07 – 2198228
Talian Bebas Tol : 1 – 300 – 88 – 0146