Info Bahagian Pesuruhjaya Bangunan

BAHAGIAN PESURUHJAYA BANGUNAN

Berkuatkuasa April 2007, undang-undang berkaitan penyenggaraan harta bersama bagi bangunan bertingkat telah diperkenalkan iaitu Akta Bangunan Dan Harta Bersama (Penyenggaraan Dan Pengurusan) 2007 (Akta 663).

Berdasarkan keputusan Mesyuarat Negeri Kerajaan Tempatan (MNKT), Datuk Bandar atau Yang Dipertua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) telah dilantik sebagai Pesuruhjaya Bangunan bagi kawasan pentadbirannya. Pesuruhjaya Bangunan adalah bertanggungjawab untuk mentadbir dan menguatkuasakan peruntukan-peruntukan di dalam akta ini.

Datuk Bandar Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) telah dilantik sebagai Pesuruhjaya Bangunan dan telah diwartakan melalui perisytiharan Warta J.P.O 24 & J.P.O 25 bertarikh 13 September 2007. Melalui pewartaan ini, fungsi MBJB di Bahagian Persuruhjaya Bangunan tertumpu untuk mengawal selia kesempurnaan penyenggaraan dan pengurusan harta bersama bangunan bertingkat dalam kawasan pentadbirannya. Bahagian Pesuruhjaya Bangunan juga merupakan pihak yang akan mengesahkan dan mengeluarkan sijil kepada badan yang ditubuhkan di bawah Akta 663 iaitu Badan Pengurusan Bersama (Joint Management Body) .

Walaubagaimanapun, Akta 663 ini telah dikaji semula dan ditambahbaik kepada Akta Pengurusan Strata 2013 (Akta 757). Dimaklumkan bahawa Akta Pengurusan Strata 2013 (Akta 757) telah dikuatkuasakan pada 1 Jun 2015. Selain itu, turut dimaklumkan bahawa tarikh kuatkuasa Peraturan-peraturan Pengurusan Strata (Penyenggaraan dan Pengurusan) 2015 [P. U. (A) 107].

Fungsi Utama Bahagian Pesuruhjaya Bangunan MBJB

  1. Memastikan setiap kawasan pemajuan bangunan bertingkat dalam kawasan pentadbiran MBJB mempunyai badan pengurusan.
  2. Memperakui dan mengeluarkan sijil bagi penubuhan Badan Pengurusan Bersama (JMB).
  3. Menyelaraskan aduan dan pertikaian yang timbul antara pembeli / pemilik / pemaju / Pihak Pengurusan bangunan bertingkat.
  4. Menguatkuasakan dan mentadbir peruntukan undang-undang di bawah Akta 757 dan Bahagian VI dan VII Akta Hakmilik Strata (Akta 318) serta P. U. (A) 107.
  5. Mewujud dan menyenggara pangkalan data berkaitan bangunan bertingkat dalam kawasan pentadbiran MBJB.
  6. Mengadakan taklimat dan sesi dialog bersama penduduk strata dengan kerjasama Ahli Majllis.