PELANCARAN APLIKASI PARKIR MBJB SPOT V2

PELANCARAN APLIKASI PARKIR MBJB SPOT V2

JOHOR BAHRU, 28 Februari 2023 - Selaras dengan pelaksanaan bandar raya pintar di Johor Bahru dan usaha menormakan ‘cashless and digital society’, MBJB melalui Jabatan Penguatkuasaan dengan kerjasama Tetuan Presgo Gateways Sdn. Bhd. telah menambahbaik sistem letak kereta yang sedia ada iaitu aplikasi MBJB Spot yang dibangunkan sejak 2016 kepada aplikasi MBJB Spot V2. Aplikasi yang diwujudkan ini juga adalah selari dengan Pelan Strategik ICT MBJB 2021-2025.

Untuk makluman warga bandar raya, penambahan fungsi-fungsi yang terdapat di dalam MBJB Spot V2 ini ialah:

i. Semakan dan bayaran kompaun bagi kesalahan letak kereta dan kesalahan lalulintas.

ii. Permohonan dan pembayaran sewa petak sementara dan petak rezab secara atas talian bagi penjaja dan premis perniagaan.

iii. Bayaran kupon letak kereta secara atas talian mengikut kadar harian, mingguan dan bulanan.

iv. Paparan i-Trafik bagi mendapatkan maklumat terkini keadaan lalulintas di sekitar kawasan MBJB .

v. Penyediaan ruangan iklan yang boleh dimanfaatkan oleh syarikat- syarikat luar bagi mempromosikan perniagaan mereka.

Tambahan lagi, pengemaskinian maklumat berkaitan info MBJB dan bandar raya Johor Bahru juga akan dimasukkan dalam aplikasi ini bagi memudahkan warga bandar raya mahupun pelancong untuk mengetahui maklumat berkaitan tempat letak kereta swasta, lokasi dewan serbaguna, gerai-gerai di bawah MBJB serta banyak lagi info yang akan dikongsikan melalui aplikasi ini. Usaha ini pastinya akan memberikan manfaat kepada warga bandar raya dalam memastikan perkhidmatan MBJB dapat diperolehi di hujung jari tanpa perlu berurusan di kaunter pejabat.

Melalui penambahan pelbagai fungsi di dalam MBJB Spot v2 ini, khususnya permohonan petak rezab bagi penjaja dan premis perniagaan secara atas talian, serta penggabungan paparan CCTV jalan raya di sekitar MBJB dalam 1 aplikasi telah menjadikan MBJB sebagai PBT pertama di Malaysia yang menggunakan aplikasi pengurusan tempat letak kereta secara digital sepenuhnya.

Warga bandaraya MBJB perlulah memuat turun aplikasi ini dalam telefon pintar masing-masing kerana bermula 1 Jun 2023 segala urusan tempat letak kereta di bawah pentadbiran MBJB telah didigitalkan sepenuhnya dan tiada lagi penggunaan kupon parkir. Muat turun aplikasi MBJB Spot V2 melalui App Store dan Google Playstore.

#JBMampan
#JBThinkGreen

PELANCARAN APLIKASI PARKIR MBJB SPOT V2

PELANCARAN APLIKASI PARKIR MBJB SPOT V2