SEKITAR MAJLIS PERASMIAN PENUTUP PROGRAM 'YOK SINGGAH PSI!!' 7 - 11 DISEMBER 2022

Ahad, 11 Disember 2022 | Sekitar Majlis Perasmian Penutup Program 'Yok, Singgah PSI!!' yang disempurnakan oleh Tuan Haji Miswan bin Yunus, Setiausaha MBJB, di Perpustakaan Sultan Ismail.
Program 'Yok, Singgah PSI!!' ini telah diadakan bermula 7 hingga 11 Disember 2022 dengan pelbagai pengisian aktiviti seperti pertandingan mewarna, pertandingan bercerita bertemakan alam sekitar, pertandingan hafazan dan tadabbur, pertandingan seni khat kreatif, pelbagai jenis pameran interaktif dan lain-lain lagi.
Terima kasih warga bandar raya yang telah hadir dan menyertai aktiviti-aktiviti yang diadakan ini. Semoga Perpustakaan Sultan Ismail terus dijadikan pusat rujukan, perbincangan dan penyebaran ilmu buat generasi muda di bandar raya Johor Bahru.