WEBINAR WARISAN JOHOR BAHRU BERSEMPENA SAMBUTAN ULANG TAHUN PERISYTIHARAN MAJLIS BANDARAYA JOHOR BAHRU KE-28

Perpustakaan Sultan Ismail (PSI) MBJB dengan kerjasama Persatuan Sejarah Lisan Malaysia (PSLM) akan menganjurkan Webinar Warisan Johor Bahru bersempena dengan Sambutan Ulang Tahun Perisytiharan Majlis Bandaraya Johor Bahru ke-28.

Warga bandar raya semua dijemput untuk menyertai Siri Webinar ini.

Siri pertama webinar akan diadakan pada 27 Disember 2021 (Isnin), bermula jam 9.30 pagi hingga 1.00 tengah hari, manakala siri kedua akan diadakan pada 3 Januari 2022 (Isnin), bermula jam 10.00 pagi hingga 1.00 tengah hari.

Sila sahkan penyertaan anda dengan mendaftar terlebih dahulu di: https://bit.ly/WebinarWarisanJB

Orang ramai juga boleh menyaksikan program yang dijalankan secara hibrid ini melalui FB Live MBJB tanpa perlu mengakses ID pengguna dan kata laluan.

Penyertaan adalah PERCUMA.

img