MENU

Johor Bahru telah diisytiharkan sebagai ibu negeri dan pusat pentadbiran Kerajaan Negeri Johor Darul Ta'zim pada 1 Januari 1896. Sejarah Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) pula bermula pada tahun 1933 apabila Lembaga Bandaran ditubuhkan, seterusnya dinaikkan ke taraf Majlis Bandaran pada tahun 1950, Pada April 1977, Majlis Bandaran Johor bahru dinaiktaraf ke Majlis Perbandaran Johor Bahru (Town Council) dan seterusnya memperoleh status sebuah banda raya pada 1 Januari 1994.

Sehingga kini, MBJB telah memperolehi beberapa pencapaian dan pengiktirafan yang membanggakan hingga prestasinya yang sentiasa menepati kehendak kerajaan dan rakyat meletakkan MBJB sebagai antara dua buah Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) terbaik daripada 149 PBT di Malaysia dengan penarafan 5 Bintang SPB-PBT yang diterima pada tahun 2013.

Bandar raya Johor Bahru sedang melalui transformasi pembangunan ekonomi yang pesat dimana ia juga telah dikenalpasti sebagai salah sebuah bandar raya berdaya saing selain Kuala Lumpur, Bandar Kuching dan Kota Kinabalu. Penubuhan Wilayah Iskandar (IM), telah memberikan pelbagai faedah pembangunan terutamanya dalam konteks keyakinan pelabur dalam dan luar Negara untuk melaksanakn pelbagai pelaburan berimpak tinggi di bandarya ini.

 

       

Pejabat Majlis Bandaran                          Pejabat Majlis Perbandaran

 

Bangunan MBJB