MENU

Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan 'Johor Bahru Mayor's Boxing Cup 2017' yang akan diadakan pada 22 dan 23 September 2017 di Atrium Bangunan JOTIC Johor Bahru.

Anda juga berpeluang untuk menyaksikan peninju-peninju bertaraf antarabangsa termasuk juara Asia yang berasal dari Johor, Muhammad Farkhan Haron berentap di gelanggang tinju pada tarikh yang dinyatakan di atas.

Anda boleh mendapatkan tiket yang berharga RM10 dan RM50 di pejabat Jabatan Kemasyarakatan, Dataran Bandaraya JB atau hubungi talian 013-6542061 untuk dapatkan info lanjut.

Mayors Boxing Cup 2017