MENU

KEJOHANAN CATUR ANTARABANGSA JOHOR BAHRU 2018

Kejohanan Catur Antarabangsa Johor Bahru 2018 anjuran MBJB dengan kerjasama Cerdik Catur Enterprise dan Persatuan Catur Negeri Johor (Kategori Terbuka FIDE RAPID) telah berlangsung sebentar tadi di Dewan Muafakat Adda Heights, Johor Bahru. Seramai 104 peserta dari 5 buah negara seperti Malaysia, Filipina, Bangladesh, India dan Uzbekistan telah bertanding dalam kejohanan ini.

Barsov Alexei dari Uzbekistan telah muncul Juara keseluruhan diikuti oleh Villanueva Nelson dan Udani Ian dari Filipina di tempat Kedua dan Ketiga.Peserta Malaysia Terbaik disandang oleh Chan Sheng Yip serta diikuti oleh Mohd Saprin Amir Muqqri dan Di Xu Wei di tempat Kedua dan Ketiga Terbaik.Tahniah dan syabas diucapkan.

KEJOHANAN CATUR ANTARABANGSA JOHOR BAHRU 2018