MENU

ISNIN, 15 Oktober 2018 - Delegasi PUSPANITA MBJB telah mengadakan lawatan ke Nasyrul Quran, Putrajaya,  Delegasi yang terdiri dari 40 orang peserta itu diketuai oleh Puan Hajah Norlizah binti Hashim, Pengerusi PUSPANITA MBJB.

Tujuan lawatan adalah bagi mempelajari cara pembuatan atau penghasilan Al-Quran dengan lebih teliti (yang meliputi aspek cetakan, semakan serta pelupusan Alquran), mendedahkan peserta akan kepentingan Al-Quran sebagai panduan di dunia dan akhirat melalui pembentangan para ustaz di Nasyrul Quran serta memberi peluang kepada para peserta untuk melihat pusat percetakan Al-Quran kedua terbesar di dunia itu yang berkeluasan 5.5 hektar. Lawatan ini turut memberi ruang bagi peserta mewakafkan Al-Quran dan kertas cetakan dalam penghasilan naskhah Al-Quran.

Dalam lawatan ini, PUSPANITA MBJB telah mewakafkan sebanyak 9 naskhah Al-Quran serta wakaf kertas untuk cetakan.
Lawatan Ke  Nasyrul Quran Putrajaya