MENU

JUMAAT, 14 Disember 2018 - Sekitar lawatan YB Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan ke Kilang Intraco Pallet See Hau Global, Ulu Tiram, Johor, dan Kompleks Kuarters Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Johor di Jalan Permatang 1, Kempas.

Lawatan ini merupakan sebahagian daripada rangka lawatan rasmi YB Puan Hajah Zuraida ke Negeri Johor. Beliau juga telah mengadakan lawatan ke beberapa lokasi lain seperti lokasi cadangan Tapak Pelupusan Sampah Negeri Johor di Jorak, Balai Bomba dan Penyelamat Pagoh serta TPS Bukit Payong.
Lawatan YB Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan