MENU

Dato’ Osman Sapian mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Johor yang ke-16 di hadapan DYMM Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar di Istana Bukit Serene, Johor Bahru pada jam 3.06 petang tadi 12 Mei 2018.

Berangkat sama, DYAM Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim dan paduka-paduka anakanda serta suami kepada YAM Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah Binti Sultan Ibrahim, Encik Dennis Muhammad Abdullah.Tuanku Sultan Ibrahim dalam titahnya bersedia bekerjasama dengan Menteri Besar dan memberi nasihat dari masa ke semasa. Baginda turut mengingatkan Dato’ Osman agar menjalankan tugas yang diamanahkan dengan bersungguh-sungguh dan memastikan Bangsa Johor sentiasa bersatu.
Menteri Besar Johor ke-16