MENU

Sekitar Majlis Hi Tea Datuk Bandar bersama bakal penyumbang program Makan Malam Amal yang telah diadakan di Hotel Paragon Johor Bahru . Program Makan Malam Amal ini diadakan bersempena Sambutan Ulang Tahun MBJB ke 24 yang akan berlangsung pada 11 Februari 2018 di Hotel Berjaya Johor Bahru. Program ini juga diadakan bertujuan untuk mendapatkan sumbangan dari syarikat korporat dan akan disumbangkan semula kepada pertubuhan bukan kerajaan seperti Yayasan Raja Zarith Sofia,Yayasan Bandaraya Johor Bahru dan lain lain lagi. Melalui sumbangan ini dapatlah pertubuhan melaksanakan aktiviti dan dapat terus memberikan bantuan kepada yang memerlukan terutamanya dalam bidang pendidikan.

Malam Amal 2018