MENU

Majlis Iftar Bersama Datuk Bandar

Semalam malam 11 Jun 2017 telah berlangsung majlis Iftar bersama Datuk Bandar anjuran MBJB di Surau Al-Masyhur Jalan Lurah 2, Kawasan Kempas Lurah.

Di dalam majlis itu, Encik Sidek bin Paiman, Setiausaha MBJB selaku wakil rasmi Datuk Bandar dan juga Datuk Ramlee bin Bohani, Ahli Majlis Zon Kempas antara lain telah menyampaikan sumbangan daripada YBJB kepada penerima-penerima terpilih.

Warga bandar raya Johor Bahru dijemput untuk bersama-sama menghadiri majlis Iftar bersama Datuk Bandar di tempat-tempat seterusnya seperti dinyatakan di poster yang dimuat naik.

Majlis Iftar Bersama Datuk Bandar