MENU

Majlis Iftar Datuk Bandar bersama Ahli-Ahli Majlis MBJB dan Rakan-Rakan media

Penganjuran majlis ini merupakan satu tanda penghargaan kepada rakan-rakan media yang telah banyak membantu MBJB menyampai dan menyebarkan informasi dan berita-berita berkaitan MBJB kepada warga bandar raya Johor Bahru.

Tidak dinafikan, pihak media memainkan peranan penting dalam penyampaian maklumat yang tepat kepada warga bandar raya Johor Bahru khasnya dan bagi tujuan ini MBJB berharap kerjasama yang baik di antara rakan-rakan media akan sentiasa terjalin pada masa-masa akan datang.

Di samping itu, penganjuran majlis ini juga memberi peluang untuk rakan-rakan media mengenali Ahli-Ahli Majlis MBJB serta pegawai-pegawai MBJB dengan lebih rapat.

Majlis Iftar Bersama Media