MENU

Sabtu, 2.2.2019 - Sekitar Majlis Perasmian Arca Zero Miles dan Flag Off Larian Zero Miles 2019 oleh YB Tuan Tan Hong Pin, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Sains & Teknologi Negeri Johor pagi tadi.

Dalam acara tersebut YB Tan telah merasmikan Arca Zero Miles atau Batu Kilometer Sifar (Kilometer "0") terletak di hadapan Bangunan Utama MBJB dan Pejabat Pos Besar Johor Bahru yang merupakan tanda permulaan jarak pengukuran jalanraya di Semenanjung Malaysia serta benua Asia.

YB Tan juga berkesempatan untuk menyampaikan hadiah bagi pemenang acara Larian Zero Miles kategori 12km, 5km dan kategori staf MBJB.

Pelancaran Arca Zero Miles

 

#sambutanjubliperakmbjb
#25tahunmbjb
#melakarkegemilangan
#teammbjb