MENU

KHAMIS, 28 Jun 2018 - Sekitar Majlis Perhimpunan Bulanan, Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan Sanjungan Budi 2018. Majlis yang telah diadakan di Dewan Muafakat Johor, Taman Adda itu bertujuan menyampaikan anugerah buat 115 warga kerja MBJB yang telah berkhidmat dengan cemerlang sepanjang tahun 2017.

Anugerah Khidmat Bakti turut disampaikan oleh Y. Bhg. Datuk Bandar Johor Bahru buat 33 warga kerja yang telah berkhidmat selama 25 tahun bersama MBJB. Majlis juga bertujuan memberi setinggi-tinggi penghargaan buat pesara dan bakal-bakal pesara pada tahun ini.Majlis Perhimpunan Bulanan ini juga merupakan program yang terakhir MBJB bersama Y. Berusaha Tuan Haji Sidek bin Paiman, Setiausaha MBJB, dan barisan mantan Ahli-Ahli Majlis MBJB.

Tahniah, syabas dan jutaan terima kasih diucapkan buat semua penerima-penerima anugerah dan warga kerja yang setia dan berdedikasi bersama-sama MBJB selama ini.

Majlis APC & Sanjungan Budi 2018