MENU

ISNIN, 3 September 2018- Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) telah menerima dua anugerah dalam Pertandingan Laman Floria DiRaja yang telah diadakan di Putrajaya pada 25 Ogos hingga 2 September 2018.

Dengan mempamerkan landskap yang berkonsepkan ‘Igniting of Independence’ yang memberi erti Semarak Kemerdekaan, MBJB telah menjuarai kategori 'Starlight Award' dan turut menerima Anugerah 'Garden Creative Award'.Dalam pertandingan tersebut, MBJB turut mempamerkan landskap kejur berunsurkan elemen patriotik serta menggunakan bahan kitar semula yang telah diambil dikawasan MBJB sebagai initiatif langkah penjimatan serta mesra hijau.Tahniah dan Syabas diucapkan.

 ANUGERAH DI FLORIA DIRAJA PUTRAJAYA