MENU

Sekitar Pelancaran i-Trafik oleh Datuk Bandar Johor Bahru, Tuan Haji Amran Bin A.Rahman yang telah diadakan selepas Mesyuarat Penuh Bil. 10/2017 06 November 2017.

MBJB telah melaksanakan pemasangan CCTV di 36 lokasi persimpangan jalanraya di sekitar kawasan pentadbiran MBJB.

Fungsi CCTV ini adalah bagi tindakan pemantauan aliran lalulintas dan juga tindakan penguatkuasaan. Pemasangan CCTV ini juga memudahkan pengguna jalanraya di sekitar Johor Bahru untuk merancang perjalanan harian mereka. Pengguna boleh melihat CCTV secara terus melalui atas talian (online) di laman sesawangwww.mbjbtrafik.com atau layari portal rasmi MBJB di www.mbjb.gov.my

Pelancaran i-Trafik