MENU

Program Tree For Tree 2017

Pelancaran Program 'Tree For A Tree' di Laman Muafakat Permas, Bandar Baru Permas Jaya anjuran bersama Majlis Bandaraya Johor Bahru dan Tenaga Nasional Berhad. Ianya telah disempurnakan oleh YAB Dato' Mohamed Khaled bin Nordin, Menteri Besar Johor.

Sebanyak 600 pokok akan ditanam di laman tersebut selain komuniti beriadah yang akan dibina oleh MBJB. Usaha ni merupakan salah satu langkah untuk melestarikan bandar raya Johor Bahru selari dengan visi MBJB iaitu bandar raya Johor Bahru bertaraf antarabangsa, berbudaya dan lestari.