MENU

Pelancaran SND 3.0 2017Operasi Search And Destroy 3.0 (SND 3.0) yang telah dilancarkan oleh YBhg. Tuan Haji A. Rahim bin Haji Nin, Datuk Bandar Johor Bahru . Operasi yang melibatkan kesemua zon Ahli Majlis MBJB telah berjalan dengan jayanya dan penyertaan dari warga bandar raya Johor Bahru adalah amat menggalakkan.

Dengan tujuan memberikan sokongan moral kepada peserta dan mahu menyaksikan sendiri operasi yang dijalankan di tapak, Ybhg. Datuk Bandar pada asalnya telah memutuskan untuk melawat kesemua zon Ahli Majlis namun beliau hanya sempat melawati 8 lokasi atas sebab kekangan masa dan cuaca yg kurang baik.

Dikesempatan ini, MBJB ingin menyampaikan setinggi-tinggi penghargaan kepada Dr Badrul Hisham bin Abd Samad, Pegawai Kesihatan Johor Bahru, Encik Izam bin Ahmad, Pengurus SWM dan Encik Mizan, wakil rasmi pengarah SwCorp Johor yang telah berkerjasama dalam menjayakan program ini di samping turut sama ikut serta melawat tapak-tapak operasi bersama Datuk Bandar. Tidak kurang juga kepada kesemua warga bandar raya Johor Bahru yang telah meluangkan masa untuk memastikan objektif program ini tercapai.

Semoga usaha kita pada hari ini akan berterusan di hari hari yang mendatang bagi agar bandar raya Johor Bahru terhindar daripada ancaman demam denggi dan sebarang penyakit pembawaan nyamuk.