MENU

Penerimaan Sijil Penghargaan Penggunaan SISPAAPenerimaan sijil penghargaan penggunaan sistem pengurusan aduan awam (SISPAA) daripada YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

8 Mei 2017 - Datuk Bandar Johor Bahru, Haji A. Rahim bin Haji Nin telah hadir ke Majlis Perasmian Seminar Pengurusan Aduan Awam Tahun 2017 di Putrajaya hari ini bagi menerima sijil penghargaan penggunaan sistem pengurusan aduan awam (SISPAA) daripada YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

MBJB merupakan antara PBT yang terawal menggunakan sistem SISPAA yang telah dibangunkan oleh Biro Pengaduan Awam (BPA), Jabatan Perdana Menteri dalam menguruskan aduan awam.

Sistem baharu yang lebih efektif dan efisien ini dipercayai mampu untuk meningkatkan lagi mutu pengurusan aduan sekaligus mempercepatkan tindakan penyelesaian bagi aduan-aduan yang telah disalurkan.

Warga bandar raya boleh mengunjungi lawan sesawang rasmi MBJB di www.mbjb.gov.my dan klik di pautan SISPAA untuk terus menyalurkan aduan. Semakan status aduan juga boleh dibuat disistem yang sama dengan menggunakan no. rujukan yang diberikan.