MENU

Sekitar program Malam Penghayatan Islam sempena Sambutan Jubli Perak MBJB (1994-2019) di Masjid Jamek Bandar Baru Uda. Program dimulakan dengan bacaan Yassin dan Tahlil serta penyampaian sumbangan oleh YB Datuk Bandar Johor Bahru kepada 100 anak-anak yatim sekitar bandar raya Johor Bahru. Program telah diteruskan dengan ceramah yang disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Mohd Elyas Ismail dengan ceramah yang bertajuk "Bahagia Dengan Memberi".

Turut hadir bersama ialah YB Tuan Haji Akmal Nasrullah Mohd Nasir, Ahli Parlimen Johor Bahru, dan YB Tuan Mohd Izhar Ahmad, ADUN Larkin serta barisan Ahli-Ahli Majlis dan ketua-ketua jabatan MBJB. Malam Penghayatan Islam diakhiri dengan Solat Isyak secara berjemaah serta jamuan bersama warga bandar raya yang hadir.

Malam Penghayatan Islam Sempena Sambutan Jubli Perak MBJB (1994-2019)