MENU

PROGRAM PRIHATIN BANDARAYA @ RUMAH PANGSA / FLAT

Dalam usaha menyantuni penduduk rumah pangsa/flat di sekitar Johor Bahru, MBJB akan menganjurkan program bersiri 'Prihatin Bandaraya @ Rumah Pangsa / Flat' bermula bulan ini sehingga Disember 2018.

Program pertama akan diadakan di Flat Jalan Sagu, Taman Daya. Pelbagai acara diadakan seperti Zumba / Senamrobik, sukaneka kampung, aktiviti untuk kanak-kanak, aktiviti gotong-royong 'Search & Destroy' dan lain-lain lagi. Semua penduduk sekitar dijemput hadir beramai-ramai memeriahkan acara.

 PROGRAM PRIHATIN BANDARAYA @ RUMAH PANGSA / FLAT