MENU

KHAMIS, 20 September 2018 - Sekitar Program 'Regional Talk' (Zon Selatan) anjuran Urbanice Malaysia yang berlangsung pagi tadi di Bangunan JOTIC. Program ini adalah berkenaan pemahaman Agenda Kemampanan Antarabangsa iaitu Permohonan Agenda Perbandaran Baharu (NUA) dan 'Sustainable Development Goals (SDGs).

Dokumen New Urban Agenda (NUA) merupakan dokumen yang berbentuk suatu deklarasi yang mempunyai komitmen dan tindakan yang perlu diambil oleh Malaysia berkenaan pembangunan perbandaran dan juga meliputi pelbagai isu-isu lain yang berhubung kait. Y. Bhg. Ir. Hajah Nazatul Shima Mohamad, Timbalan Setiausaha MBJB, selaku wakil rasmi Datuk Bandar Johor Bahru telah menyampaikan kata-kata aluan dalam program tersebut.

 Program 'Regional Talk' (Zon Selatan)