MENU

DYMM Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar berkenan berangkat ke Bazaar Ramadan Bakar Batu, Johor Bahru untuk membeli juadah berbuka puasa hari ini (20 Mei).Baginda berangkat tiba pada pukul 5 petang dengan diiringi YAM Tunku Panglima Johor Tunku Abdul Rahman Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim.Pengunjung cukup teruja melihat Sultan Ibrahim bersama putera Baginda membeli juadah secara santai.Rakyat juga tidak melepaskan peluang bersalaman dan bergambar bersama Sultan Ibrahim dan Tunku Abdul Rahman. Baginda meluangkan masa kira-kira 40 minit di situ sebelum berangkat pulang.
Bazar Ramadan