MENU

Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2016 dan Malam Jasamu Dikenang MBJB.

Seramai 112 warga kerja MBJB telah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang berdasarkan prestasi kerja mereka sepanjang 2016, manakala 64 pesara dan bakal pesara telah menerima hadiah persaraan bagi mengenang jasa dan bakti mereka selama berkhidmat di MBJB.

Selain itu, 3 pegawai MBJB telah terpilih untuk menerima Anugerah Datuk Bandar. Penerima-penerima anugerah ini telah dipilih oleh Datuk Bandar Johor Bahru berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan oleh Datuk Bandar sendiri.

Malam itu juga menyaksikan pemenang Anugerah Ikon diumumkan, di mana ianya merupakan salah satu anugerah utama yg disampaikan pada malam itu selain Anugerah Datuk Bandar.

MBJB juga mengambil kesempatan untuk meraikan 2 orang bekas pegawai MBJB yang telah berpindah ke jabatan yang lain selepas berkhidmat di MBJB selama beberapa tahun dan akhir sekali, seramai 7 waris anggota MBJB yang telah meninggal dunia semasa perkhidmatan telah disampaikan sijil penghargaan bagi menandakan MBJB tidak akan lupa akan jasa-jasa mereka yang telah pergi selama mereka berkhidmat di MBJB.

Seramai anggaran 800 jemputan di kalangan Ahli-Ahli Majlis dan warga kerja MBJB selain orang dirai telah hadir untuk meraikan penerima-penerima anugerah sekaligus membangkitkan semangat kesemua warga kerja untuk terus berkhidmat ke arah kecemerlangan.

Anugerah APC 2017