MENU

Tahniah diucapkan kepada Majlis Bandaraya Johor Bahru kerana menerima sijil pengiktirafan daripada Jabatan Landskap Negara dengan usahasama PSAM ( Playground Safety Audit Malaysia) kerana sentiasa menitikberatkan keselamatan Taman Permainan Kanak Kanak.

Majlis penyampaian sijil telah disempurnakan oleh YBhg. Dato' Sri Haji Mohammad Bin Mentek, Ketua Setiausaha Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan pada hari Selasa 14 November 2017 bertempat di Menara Seri Wilayah, Presint 2, Putrajaya.
sijil pengiktirafan daripada Jabatan Landskap Negara