MENU

YBhg. Datuk Bandar Johor Bahru telah berkesempatan untuk menyampaikan hadiah Pertandingan Koir Permata Selatan JohorFM Antara Jabatan Kerajaan Negeri Johor.Program ini adalah bersempena dengan Gerakan Dekad Bahasa Kebangsaan 2018 Jerayawara Zon Selatan.

Sebanyak 6 jabatan telah menyertai pertandingan tersebut dan kumpulan koir Majlis Perbandaran Kulai telah muncul sebagai johan pertandingan diikuti Kumpulan Koir MBJB ditempat kedua, kumpulan koir Jabatan Kastam Diraja Malaysia Negeri Johor ditempat ketiga dan koir Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Johor di tempat keempat.

Persembahan koir terbaik diberi kepada Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Johor manakala konduktor terbaik adalah dari kumpulan koir Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA).Tahniah diucapkan kepada semua peserta dan pemenang.

Pertandingan Koir