MENU

IKLAN KEKOSONGAN ANJUNG SELERA, GERAI DAN PASAR  MBJB
MULAI 14 JAN 2018 -  1 FEB 2018

Iklan Kekosongan Gerai MBJB

CATATAN :

Permohonan hendaklah dibuat di Kaunter Setempat,  Jabatan Kewangan, Aras Bawah, Majlis Bandaraya Johor Bahru. TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 01 FEBRUARI 2018 (Permohonan yang diterima selepas tarikh tutup tidak akan diproses)

No.Telefon : 07-2238469 / 07-2279962


           TATACARA PERMOHONAN DAN SENARAI SEMAK (CHECKLIST)
PENYEWAAN  MEDAN SELERA / GERAI / PASAR / KEDAI
MAJLIS BANDARAYA JOHOR BAHRU

  1. Pemohon dikehendaki hadir sendiri ke Kaunter Setempat,  Jabatan Kewangan, Aras Bawah, Majlis Bandaraya Johor Bahru untuk membuat permohonan.  Pihak lain (Third-Party) dilarang memajukan permohonan bagi pihak pemohon.
  2. Pemohon dikehendaki melengkapkan borang permohonan dan seterusnya memajukan borang tersebut bersama-sama dengan dokumen yang diperlukan.  Borang permohonan yang tidak lengkap, tidak akan diterima.
  3. Permohonan tidak boleh dibuat melalui Pos.
  4. Dokumen yang diperlukan adalah sebagaimana berikut :
  • Salinan Kad Pengenalan Pemohon;
  • Salinan Kad Pengenalan Suami / Isteri pemohon;
  • Satu Keping Gambar berukuran Pasport; dan
  • Bayaran Proses RM5.00 bagi setiap permohonan.

SYARAT-SYARAT PENYEWAAN MEDAN SELERA / GERAI / PASAR / KEDAI
MAJLIS BANDARAYA JOHOR BAHRU

1.         Hanya WARGANEGARA MALAYSIA sahaja yang layak membuat permohonan.

2.         Permohonan terbuka kepada 18 TAHUN dan ke atas.

3.         Permohonan secara on-line adalah tidak diterima.

4.         Seorang pemohon hanya dibenarkan membuat SATU (1) permohonan sahaja.