MENU
MAKLUMAN PENUTUPAN SIMPANG BERLAMPU ISYARAT

Adalah dimaklumkan bahawa simpang berlampu isyarat di Jalan Stulang Baru /Jalan Kenangan Kg Melayu Majidi akan ditutup sementara mulai hari Khamis malam Jumaat 28.2.2019 jam 12.00 tengah malam untuk kerja-kerja pembinaan jambatan Projek Landasan Keretapi Berkembar JB-Gemas oleh KTM Berhad.

Semua pengguna yang ingin ke Jalan Kenangan dari arah Jalan Stulang Baru di minta masuk melalui Jalan Rahmat dan Jalan Sahabat.

Manakala pengguna yang datang dari Jalan Kenangan yang ingin ke Taman Larkin Perdana dan Terminal Larkin diminta menggunakan Jalan Stulang Baru, Jalan Suria Utama, Jalan Kurniawan dan Jalan Kebun Teh.

Penutupan ini adalah sementara sehingga pembinaan jambatan tersebut siap dibina.

Para pengguna jalan raya diminta memberi kerjasama dan berhati-hati serta mematuhi segala arahan lencongan jalan yang disediakan di sekitar kawasan ini.

MAKLUMAN PENUTUPAN SIMPANG BERLAMPU ISYARAT