MENU

PEMBERITAHUAN : PENUTUPAN SEMENTARA OPERASI PERKHIDMATAN KAUNTER MBJB DAN GANGGUAN CAPAIAN SEMUA SISTEM APLIKASI MBJB PADA  08 MAC 2019 (JUMAAT) MULAI 10.00 PAGI - 11.30 MALAM

Adalah dimaklumkan bahawa semua operasi perkhidmatan kaunter setempat di ibu Pejabat MBJB, UTC Galleria dan Perkhidmatan Kaunter Bergerak MBJB akan ditutup sementara mulai jam 10.00 pagi - 11.30 malam pada 08 Mac 2019 (Jumaat).

Ini adalah disebabkan kerja-kerja penyelenggaraan  bekalan elektrik oleh pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) pada masa dan tarikh tersebut.

Oleh yang demikian semua sistem aplikasi MBJB juga tidak boleh dicapai dalam tempoh tersebut.

Sebarang Kesulitan Amat Dikesali. Sekian Harap Maklum.