MENU

Antara tempat-tempat menarik yang terdapat di Johor Bahru

hutan bandar.jpg  

Hutan Bandar

Meliputi kawasan seluas 50 ekar yang terletak di pertemuan JalanTasek Utara dan Jalan Yahya Awal, Johor Bahru iaitu kira-kira 1.5 km dari pusat bandar raya. Atara komponen yang tedapat didalamnya termasuklah Laman Tembusu, Medan Selera, Laman Permainan Kanak-Kanak, Kawasan Tasik, dan Tapak Perkhemahan.

Taman Orkid Johor Bahru

Terletak di dalam kawasan Hutan Bandar ini telah dibuka kepada orang ramai pada pertengahan tahun 2003. Bertemakan "Pameran Ekologi Orkid", taman ini mempunyai kawasan seluas lebih kurang 10 ekar, mempunyai bangunan yang menggabungkan rekabentuk seni bina lestari yang berkonsepkan "mesra alam" dan "terbuka".

  orkid.jpg
  

Laman Merdeka

Taman yang terletak di Tasek Utara iaitu kira-kira 3 km dari Pusat Bandaraya Johor Bahru ini mempunyai kawasan seluas 31 ekar yang merangkumi pembangunan Fasa 1 dan Fasa . Di sini pengunjung bukan sahaja dapat beriadah tetapi juga dapat mempelajari berhubung kemerdekaan melalui komponen pembangunan yang telah disediakan.

Taman Rekreasi Tasik Pandan

Laman Rekreasi ini terletak di Jalan Harmon, Taman Desa Harmon, daerah Johor Bahru berhampiran dengan Ponderosa Golf & Country Club. Laman Rekreasi ini merangkumi kawasan seluas 6.6 hektar (16.3 ekar) dan dilengkapi dengan sebuah tasik seluas 10 ekar yang terletak di tengah laman ini.

  tasek pandan.jpg
hutan bandar.jpg  

Jewel House

"Jewel House" adalah sebuah bangunan satu tingkat menyerupai sebuah banglo besar yang telah direkabentuk dengan mengamil kira iklim tropika di Malaysia. di dalam bangunan kaca dan kayu yang terletak di Taman Orkid seluas 10 ekar ini terdapat galeri utama dan pusat informasi.
Ruang koridor yang luas dan selesa ini adalah elemen rekabentuk utama dan merupakan kawasan pameran dengan beratus-ratus pokok-pokok orkid termasuk yang memerlukan persekitaran redup atau panas. Semua orkid dipamerkan dengan teliti supaya terserlah kecantikan dan keunikan masing-masing. Beberapa orkid yang telah diberi nama-nama kehormat seperti Renantanda Abdul Ghani Othman. Ascocenda Zanariah dan lain-lain juga dipamerkan.
Bagi mereka yang baru berjinak-jinak dengan alam orkid. "Jewel House" menyediakan bilik audio-visual dan pusat informasi untuk mempelajari dan mendalami ilmu berkaitan orkid. Selain daripada itu, Jewel House juga berfungsi sebagai pejabat pengurusan dan pemasaran orkid dan Persatuan Orkid Malaysia.

Taman Linear

Mula dibina pada 1990, taman ini dibina di Jalan Tun Abdul Razak seluas 5.54 hektar yang bertujuan sebagai tempat beristirehat kepada pengguna jalan raya sebelum meneruskan perjalanan. Jesteru terdapat beberapa pondok rehat serta laluan releksologi disediakan bagi tujuan tersebut. Taman ini turut menyediakan kemudahan-kemudahan rekreasi yang lain seperti :
1. Pondok jaga
2. Wakaf rehat
3. Trek berjogging
4. Mini golf
5. Pancutan air
6. Kandang permainan
7. Tandas awam

  orkid.jpg
  

Pantai Stulang

Pantai Stulang terletak di Jalan Stulang Laut telah sekian lama menjadi tarikan kepada warga kota yang gemar melakukan aktiviti berternakan air seperti berkelah mandi-manda, luncur angin, skuter air dan kapal layar. Keadaan semulajadi Pantai Stulang menjadikan ia tumpuan utama kepada penggemar sukat laut. Warga kota juga boleh bersia-siar di pusat membeli-belah Kompleks Bebas Cukai yang terletak tidak jauh dari pantai ini.

Persiaran Meldrum

Jalan Meldrum dinamakan Dato' Meldrum (1821-1904), seorang Scotland pertama telah membuka kilang papan di muara Sungai Segget (berdekatan Kompleks Kastam sedia ada, di jalan Sawmill). Pembalakan merupakan industri pertama Johor Bahru pada ketika itu, Jalan Meldrum terletak di tengah-tengah kawasan yang pernah dikenali sebagai Kampung Wong Ah Fook dan Jalan Meldrum telah dinamakan sempena dengan nama anak-anaknya iaitu Siew Nam, Siew Koon dan Siew Chin.
Sebagai "Pedestrian Mall" menyediakan laluan terbuka untuk kemudahan para pengunjung serta diperindah dengan landskap yang menarik di mana pelancong dan penduduk tempatan dapat bersantai di "side walk cafe" dan berhibur dengan persembahan kebudayaan dan artis jalanan.

  tasek pandan.jpg
hutan bandar.jpg  

Legaran Segget

Konsep pembangunan Legaran Segget adalah sebagai "Pedestrian Mall" yang menyediakan laluan hijau yang selesa ,selamat dan berinformasi yang bertemakan "Creating Human Experience" melalui elemen-elemen pembangunan yang dicadangkan.
Selain menghubungkan dari satu tempat ke satu tempat Legaran Segget menyediakan ruang untuk pengunjung bandaraya bersantai, berhibur, makanan, maklumat, keselesaan dan mengingati semula sejarah di Sungai Segget.

Legaran Tan Heok Nee

Seiring dengan misi untuk menjadikan Johor Bahru sebagai sebuah "Bandar Dalam Taman" menjelang tahun 2005. Legaran Tan Hiok Nee telah direka dengan berkonsepkan "Pedestrian Mall" yang mesra pengguna. Konsep ini adalah untuk mengimbas semula nama Tan Hiok Nee sebagai seorang saudagar kain di Singapura sebelum menjadi seorang saudagar lada hitam & cengkih yang berjaya di Johor Bahru.
Selain itu, pembangunan Legaran Tan Hiok Nee adalah untuk mewujudkan satu jalinan pejalan kaki yang selesa, bersih dan teratur yang menghubungkan kawasan perniagaan di Jalan Wong Ah Fook sehingga ke Jalan Dato' Onn di hadapan Bangunan MBJB dan Pejabat Pos. Selain itu , pembangunan ini adalah untuk merancakkan semula aktiviti-aktiviti perniagaan seterusnya menjadi pusat tumpuan kepada para pengunjung.

  orkid.jpg
  

Danga Bay

Semarak dengan aktiviti bertenaga dan penuh dengan kemeriahan yang tidak tertanding, Danga Bay menawarkan pengalaman unik yang mengesankan.
Dengan kawasan seluas 1800 ekar dan persisiran pantai sepanjang 25 km. Danga Bay adalah sebuah pembangunan bersepadu persisiran pantai yang menggabungkan pusat kewangan, komersial, hiburan, pelesiran dan pusat kegiatan mesra keluarga yang unggul di Johor. Ia adalah sebuah Bandar dalam Bandar dengan kemudahan infrastruktur bertaraf dunia.
Terletak hanya 5km dari Bandar Johor Bahru, Danga Bay telah menarik ramai warga tempatan dari seluruh Malaysia.