MENU

*Klik pada gambar untuk besarkan

 

Kedudukan Johor Bahru

Johor Bahru terletak di posisi yang amat istimewa dan strategik di Selatan Semenanjung Malaysia.Tidak hairanlah ia menjadi pintu masuk paling popular dari selatan sehingga mendapat jolokan "The Southern Gateway to Peninsular Malaysia". Dipinggiri oleh dua perairan penting di rantau Asia Tenggara, Selat Tebrau di bahagian Selatan yang turut memisahkannya daripada kota Singapura.Perairan Laut Cina Selatan pula berada di sebelah timur Bandar raya Johor Bahru menikmati iklim tropika dengan perubahan suhu harian daripada 24oC hingga 32oC.Pada keseluruhannya keadaan topografi Johor Bahru adalah mendatar dan beralun dengan ketinggian paras muka buminya berada pada 200 meter melebihi paras laut manakala kawasan terendah pula adalah 2 meter di atas paras laut.Sungai utama yang merintangi bandar raya Johor Bahru adalah Sungai Segget sepanjang kira-kira 7 kilometer yang bermula daripada lima hulu.

 

 Johor Bahru Ibu Negeri

Sejarah gilang-gemilang yang dibarisi daripada pelopornya, Temenggung Daeng Ibrahim telah menjulang Johor Bahru sebagai antara bandar raya yang pesat membangun dinegara Malaysia. Johor Bahru dihubungkan dengan bandar-bandar di negara ini melalui rangkaian jalan raya serta pengangkutan udara. Jarak antara Johor Bahru dengan kota raya Kuala Lumpur adalah lebih kurang 375 kilometer dan hanya kira-kira 1.5 km dengan kota raya Singapura yang dihubungkan oleh tambak Johor.

  

 Johor Lama

 


Temenggong Daeng Ibrahim

 

Johor Bahru mula dibuka pada 10 Mac 1855 oleh Temeggung Daeng Ibrahim setelah Sultan Ali Ibni Sultan Husain Syah menyerahkan Negeri Johor kecuali  jajahan Kesang kepada baginda. Kerja-kerja merintis dan membina bandar Johor Bahru atau dahulunya dikenali sebagai Iskandar Puteri dijalankan dari Teluk Belanga , Singapura , tempat tinggal baginda dan juga tempat lahir beberapa tokoh penting dalam sejarah pembangunan kerajaan Johor Moden.

  

Sultan Abu Bakar

 

Temenggong Daeng Ibrahim mangkat pada 31 Januari 1862 dan digantikan oleh Temenggong Abu Bakar .Baginda bertanggungjawab memperkenalkan corak pentadbiran moden kepada Negeri Johor sehingga dikenali sebagai Bapa Johor Moden. Lanjutan daripada penduduk yang semakin ramai serta kawasan-kawasan baru yang diterokai, Temenggong Abu Bakar telah menukar nama Iskandar Puteri kepada Johor Bahru dalam suatu upacara gilang-gemilang.

Pada tahun 1889 pusat pemerintahan Negeri Johor telah berpindah daripada Teluk Belanga, Singapura ke Johor Bahru. Antara tokoh anak negeri yang terpenting adalah Abdul Rahman Andak (Datuk Seri Amar Diraja),Munsyi Muhamman Ibrahim (Datuk Bentara Dalam), Abdul Samad Ibrahim (Datuk Penggawa Barat), Engku Sulaiman Daud dan ramai lagi.