MENU
Surat Sokongan

 

Surat sokongan dari Jabatan-Jabatan Kerajaan yang terlibat ke atas aktiviti perniagaan seperti berikut:-
  a) Perusahaan Makanan
    Jabatan Bomba
    Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerja
    Jabatan Kesihatan
    Jabatan Perkhidmatan Haiwan (jika perlu)
  b) Perusahaan memproses barangan berikut:
    Getah, susu, elektronik, oksigen, acetylene, foam, fibre, glass, electroplating, industrial laboratory, dyeing, bateri, aerosol spray, cat, dakwat, tectile, perusahaan kayu, perabut.
    Jabatan Bomba
    Jabatan Keselematan dan Kesihatan pekerja
    Jabatan Alam Sekitar
  c) Perusahaan Ringan
    Jabatan Bomba
    Jabatan Keselamatan dan kesihatan Pekerja (jika menggunakan mesin berat)
  d) Memproses Bahan Kimia / Racun Serangga
    Jabatan Bomba
    Jabatan Keselamatan dan kesihatan Pekerja
    Jabatan Kesihatan
    Jabatan Kimia
  e) Perusahaan Percetakan
    Jabatan Bomba
    Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerja
    Jabatan Alam Sekitar
    Kementerian Dalam Negeri
  f) Restoran 
    Sijil Kursus Pengendalian Makanan
    Resit asal Pemasangan Perangkap Minyak
  g) Menjual/Menyewa Pita Video, VCD dan CD
    FINAS
    Jabatan Perdagangan dan Ehwal Pengguna
  h) Panggung Wayang
    FINAS
    Pejabat Daerah Johor Bahru
  i) Kedai Ubat / Farmasi
    Jabatan Farmasi
  j) Kedai Urut/Refleksologi
    Jabatan Kesihatan
  k) Pusat Persolekan/Rawatan Kecantikan
    Jabatan Kesihatan
  l) Pusat Pelancongan
    Perbadanan Pembangunan Pelancongan (TDC)
  m) Agensi Pengambilan Pekerja
    Jabatan Tenaga Rakyat
  n) Menjual Kereta/Motosikal Terpakai, Barang-Barang Lusuh
    Polis Diraja Malaysia
  o) Agensi Nombor Ramalan 
    Kementerian Kewangan Malaysia
  p) Pusat Tuisyen/Sekolah Persendirian/Swasta 
    Jababatan Pelajaran
  q) Tadika
    Kebenaran Merancang Sementara
    Jabatan Kebajikan Masyarakat
  r) Penjagaan Orang-Orang Tua
    Kebenaran Merancang Sementara
    Surat Kelulusan Ubahan/Tambahan daripada Bahagian Kawalan Bangunan Majlis Bandaraya Johor Bahru
  s) Stesyen Minyak 
    Jabatan Bomba
  t) Semua Jenis Perniagaan dalam Kawasan Lapang
    Kebenaran Merancang Sementara
  u) Pusat Hiburan, Pub/Bar, Launge/Karaoke 
    Pejabat Daerah Johor Bahru
    Jabatan Bomba
  v) Bengkel Kenderaan, Stor 
    Jabatan Bomba
  w) Bengkel Kenderaan dan Menyembur Cat 
    Jabatan Bomba
    Jabatan Alam Sekitar
  x) Pusat Latihan Memandu
    Kebenaran Merancang
    Jabatan Pengangkutan Jalan
  y) Agensi Pengawal Keselamatan
    Kementerian Dalam Negeri
  z) Agensi Pekerjaan & Pengambilan Buruh Asing
    Jabatan tenaga Rakyat
    Kementerian Sumber Manausia
Syarat - syarat Yang Dikenakan

 

Lesen Premis Perniagaan
  a) Lesen premis perniagaan hendaklah seentiasa dipamerkan dan ditunjukkan kepada mana-mana Pegawai Majlis yang diberkuasa apabila dikehendaki.
  b) Bayaran pembaharuan lesen tahunan boleh dijelaskan mulai 1 November hingga 31 Disember setiap tahun.  Bayaran yang dijelaskan selepas tarikh tersebut akan dikenakan tindakan tawaran kompaun atas kesalahan lewat membaharui lesen.
  c) Berniaga tanpa Lesen Premis Perniagaan merupakan satu kesalahan mengikut Undang-Undang Kecil Pelesenan Tred, Perniagaan dan perindusterian (MBJB) 2004.  Jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman denda RM2,000.00 atau satu tahun penjara atau kedua-duanya sekali.
  d) Premis perniagaan tidak boleh digunakan untuk kegiatan kurang sihat seperti maksiat pelacuran dan penyalahgunaan dadah.
  e) Majlis boleh menggantung mana-mana lesen bagi apa-apa yang difikirkan perlu atau membatalkan mana-mana lesen yang telah diberi mengikut Undang-undang kecil ini.
     
Lesen Iklan
  a) Papan iklan yang di pasang hendaklah mematuhi peruntukan di Undang-Undang Kecil Iklan seperti berikut:
    Seksyen 3 (1) Undang-Undang Kecil Iklan (MPJB) 1981
      "Bahasa malaysia dan bahasa Jawi hendaklah digunakan bagi semua iklan sama ada ianya sahaja atau bersama dengan apa-apa bahasa lain"
    Seksyen 3 (2) Undang-Undang Kecil Iklan (MBJB) 1981
      "Jika iklan adalah dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Jawinya serta juga dalam apa-apa bahasa lain, huruf-huruf bagi perkataan-perkataan dalam Bahasa Malaysia itu hendaklah berukuran tidak lebih kecil daripda huruf-huruf atau tulisan-tulisan, perkataan-perkataan dalam bahasa atau bahasa-bahasa yang lain dan hendaklah ditunjukkan dengan cara yang lebih mudah dilihat"
    Seksyen 14 (c) Undang-Undang Kecil Iklan (MBJB) 1981
      "Iklan tidak boleh menutup pengudaraan dan pencahayaan tingkap bangunan"
       
  Contoh iklan di premis:

 

 

20' x 4'

 Pejabat Urusan

Syarikat ABC Sendirian Berhad

 
Pembatalan Lesen
  Majlis Bandaraya Johor Bahru boleh membatalkan lesen yang telah dikeluarkan, walaupun sebelum tamat tempoh sahnya sekirannya didapati perniagaan yang dijalankan melanggar mana-mana peruntukan dalam Akta, Undang Kecil, Perintah atau Arahan-Arahan Kerajaan yang berkaitan tidak kira pelanggaran itu dibuat secara keseluruhan atau sebahagian sahaja.
   
Syarat - syarat Majlis
  a) Papan nama perniagaan hendaklah mengikut bagaimana yang diperuntukan di dalam Undang-Undang Kecil Iklan (MBJB) 1981.
  b) Bekalan air paip hendaklah disediakan di premis itu untuk kegunaan  pekerja-pekerja dan pelanggan-pelanggan.
  c) Bilangan bilik mandi, tandas dan tempat buang air kecil hendaklah mencukupi.  Tempat yang berasingan hendaklah disediakan untuk lelaki dan perempuan.
  d) Mengambil Langkah bagi mempastikan pencahayaan secukupnya disediakan dengan memuaskan, dan jika pencahayaan matahari tidak mencukupi, tindakan hendaklah diambil bagi menyediakan pencahayaan tambahan daripada kuasa letrik dan sebagainya.
  e) Mempastikan udara dapat bergerak dengan memuaskan dan menentukan keadaan ini dapat dijaga dengan baik.
  f) Langkah-langkah hendaklah diambil bagi mempastikan tidak berlaku kecemasan.
  g) Alat-alat mencegah kebakaran yang sempurna hendaklah disediakan.
  h) Tidak boleh menggunakan premis ini untuk tujan kediaman kecuali untuk tujuan yang telah ditetapkan.  Pengecualian dalam hal ini ialah Jaga Bangunan di mana dibenarkan tidak lebih dari dua (2) orang bagi menentukan keselamatan bangunan itu.