MENU
  i) Dikehendaki mengadakan:-
    Sebuah tong sampah bertutup dari jenis yang diakui oleh Majlis ini.
    Sebuah peti ubat kecemasan yang lengkap dengan    ubat-ubatnya.
    Papan tanda 'DILARANG MELUDAH', 'JAGA KEBERSIHAN BERSAMA' dan 'DILARANG MEROKOK'.
    Urinal untuk kegunaan kaum lelaki dan hendaklah di dalam keadaan bersih setiap masa.
  j) Dikehendaki menggunakan beg plastik untuk menempatkan sampah sarap yang dibubuhkan ke dalam tong sampah yang di sediakan.
  k) Ubahan/ tambahan dan penutupan pada bahagian 'air-well' (jika dilakukan) di kedai ini hendaklah terlebih dahulu mendapatkan kebenaran bertulis daripada Majlis ini.
  l) Barang-barang yang disimpan di dalam kedai ini hendaklah disusun dengan sempurna dan teratur.
  m) Kebersihan kedai/bangunan pada keseluruhannya hendaklah sentiasa dijaga serta diawasi.
  n) Dilarang mengadakan tempat takungan air yang boleh menyebabkan pembiakan nyamuk.
  o) Dinasihatkan supaya menggantikan tandas angkat kepada pam dan terlebih dahulu mendapatkan kebenaran bertulis dari Majlis ini.
  p) Pelesen dikehendaki memberitahu Majlis ini secara bertulis jika perniagaan hendak ditamatkan kelak atau mengisi borang yang telah disediakan.
  q) Dilarang meletak  barang-barang di luar kedai.
  r) Segala sampah-sarap hendaklah dibersihkan dan ditempatkan dalam bekas-bekas yang disediakan untuk tujuan itu dan hendaklah menentukan semua bekas sedemikian dikosongkan dan selalu dibersihkan bagi menjaga premis itu bersih sepanjang masa.