MENU

 

Pekerja
  a) Semua pekerja hendaklah mendapat pemeriksaan kesihatan dan sekurang-kurangnya sekali dalam 3 tahun mendapatkan suntikan TAB dengan kadar bayaran RM30.00 seorang.
  b) Semua pekerja hendaklah berpakaian bersih dan kemas atau memakai seragam.
  c) Semua pekerja dapur dan tukang masak DIWAJIBKAN memakai APRON yang sesuai, bersih dan menutup kepala.
  d) Semua pelkerja hendaklah sentiasa menjaga kebersihan diri.
  e) Semua pekerja hendaklah bersifat sopan dan mesra  kepada pelanggan.
  f) Tabiat atau sikap berikut hendaklah dielakkan:
    Menghisap rokok
    Menggaru tubuh
    Berludah
    Membuang hingus
    Membuang kahak
    Menyenuh makanan dengan jari
    Pekerja tiada tanda-tanda infeksi pada tangan, kuku, cirit-birit, dan tidak mempunyai penyakit yang menular.
       
Peralatan
  a) Semua peralatan masak memasak, menghidang makanan dan minuman hendaklah sentiasa bersih dan sempurna. 
  b) Peralatan yang rosak (sompek, retak dan sebagainya) tidak boleh digunakan sama sekali.
  c) Pinggan mangkuk, cawan, gelas dan peralatan hidangan hendaklah dicuci dengan bahan pencuci pinggan mangkuk, hendaklah dibilas dengan air bersih.  Sabun pencuci kain tidak boleh sama sekali digunakan.
  d) Tempat mempamerkan dan menyimpan makanan yang dijual hendaklah sentiasa bersih dan bebas dari habuk dan daki sesuai binaan serta rekabentuknya.
  e) Meja yang disediakan hendaklah dari jenis permukaan yang mudah dicuci dan berkeadaan bersih.
  f) Dilarang menjalankan kerja-kerja mencuci pinggan mangkuk di atas lantai.
  g) Kerusi/meja dan peralatan perniagaan tidak dibenar diletakkan/menghalang di atas kakilima, bahu jalan dan lorong jalan.