MENU

 

Penyediaan Makanan
  a) Makanan hendaklah ditutup, dilindungi semasa penyimpanan, penyediaan, pameran, pengangkutan dan ditempatkan dalam suhu bilik yang sesuai.
  b) Sentuhan tangan kepada makanan hendaklah dielakkan dan dinasihatkan menggunakan sepit, sudu dan sebagainya.
  c) Dilarang membungkus makanan dengan kertas surat khabar atau pembungkus-pembungkus yang tidak bersih.
  d) Bahan makanan hendaklah dari bahan yang asli, segar, tidak rosak dan luput tarikh.
     
Penyimpanan Bahan-bahan dan Stor
  a) Ruangan penyimpanan bahan makanan hendaklah sentiasa kering, bersih dan kemas.
  b) Mempunyai peredaran udara/cahaya yang baik dan tidak sesak.
  c) Bebas dari serangga, tikus dan makhluk perosak lainnya serta menjalankan kerja-kerja kawalan.
  d) Semua bahan masak mudah rosak seperti makanan sejukbeku seperti daging, ikan, ayam dan lain-lain hendaklah disimpan dalam peti sejuk yang sesuai serta berasingan dari ruang yang membuat air batu untuk minuman sejuk.
  e) Makanan yang tidak halal hendaklah menggunakan tempat penyimpanan yang berasingan.
     
Bekalan Air
    Gunakan air paip yang bersih sahaja tiada sambungan silang, back low dan back sphonge.
    Jangan menggunakan air yang dibekalkan kepada tandas.
    Air hendaklah disimpan dalam bekas yang tidak membahayakan kesihatan.  (Tong-tong atau bekas yang sudah terpakai seperti tong minyak atau bahan-bahab kimia tidak boleh digunakan sama sekali).
    Pembuangan air limpah dan pengalirannya hendaklah diselenggara dengan sempurna.